Cacar Monyet | Lelaki berisiko diseru kurangkan pasangan seksual

2022-07-27 0

Golongan lelaki yang berisiko dijangkiti cacar monyet dinasihatkan supaya mengurangkan pasangan seksual buat masa ini.

Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ia berikutan pengisytiharan pertubuhan itu bahawa wabak yang semakin meningkat di beberapa negara ini sebagai kecemasan global.